RMR1M : Info, syarat dan cara memohon Rumah Mesra Rakyat ( RMR ) 1 Malaysia

Program  Rumah Mesra Rakyat ( RMR ) ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa. SelainRMR, SPNB juga mempunyai program Program Rumah Mampu Milik (RMM) iaitu rumah-rumah yang dibina adalah rumah kediaman 3 bilik tidur dan dilengkapi kemudahan 2 bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa sama ada jenis rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana serta merupakan Agen Perlaksana bagi Tabung Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (TPPPT) bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.
Berikut kami sertakan cara untuk memohon Rumah Mesra Rakyat  ( RMR ) 1 Malaysia ini.
Syarat :
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.
Anda boleh memilih model rumah yang disediakan semasa membuat permohonan secara online.
  1.  Login masuk kelaman web http://rmr.spnbonline.com.my
  2. Masukkan ID pengguna dan kata laluan.
  3. Untuk login buat kali pertama, sistem akan memohon untuk memasukkan beberapa maklumat berikut:-
  • Alamat Email (untuk pemberitahuan dan pengesahan)
  • Nombor Telefon Bimbit (untuk pemberitahuan dan pengesahan)
  • Kata Laluan Login (untuk kegunaan Pejabat Wakil Rakyat)
  • Kata Laluan Sokongan Wakil Rakyat (khas untuk pengesahan sokongan YB)
Halaman Utama

Halaman utama terdiri daripada empat bahagian utama :-
Maklumat pengguna sistem (Nama, Jawatan, ADUN/Parlimen)
Menu Utama :-
1) Utama – Untuk kembali ke halaman utama
2) Borang Keluar – Untuk ke modul Status Borang, Mohon Tambahan
Kuota, Cetak Borang dan Senarai Borang
3) Daftar Permohonan – Untuk ke modul Status Permohonan, Daftar
Permohonan dan Senarai Pemohon
4) Status Permohonan – Untuk carian status permohonan RMR
5) Bantuan – Untuk modul bantuan atas talian
6) Log Keluar – Untuk Log keluar dari sistem
Ruangan Mesej (Klik bilangan mesej untuk ke modul mesej)
Ruangan Utama
Cetak  borang keluar
Pada Menu Utama sistem, klik Borang Keluar > Cetak Borang
Isikan nama dan kad pengenalan penerima borang (Penerima borang tidak semestinya pemohon RMR). Ini bagi membolehkan pihak Wakil Rakyat menjejak rekod penerima borang RMR1M )
Daftar Permohonan  RMR1M
Isi dan lengkapkan Borang Permohonan RMR berdasarkan borang RMR (salinan kertas) yang dibawa pemohon
Borang permohonan RMR1M ini mempunyai beberapa bahagian seperti berikut:-
Muat naik dokumen 
Terdapat 3 pilihan muat naik dokumen pemohon
1) Muat Naik di Pejabat Wakil Rakyat
 Pejabat Wakil Rakyat akan membantu scan dokumen dan memuat naik ke dalam sistem.
2) Pemohon muat naik sendiri
 Pemohon akan diberikan login dan kata laluan untuk masuk ke dalam sistem. Pemohon boleh scan dan muat naik dokumen di rumah.
3) Hantar Dokumen Secara Manual
 Pemohon menghantar semua borang secara manual (POS dan sebagainya)
 Terdapat 3 jenis dokumen pemohon yang wajib dihantar (secara manual) kepada SPNB walaupun muat naik dokumen secara online telah dibuat.
1) Sijil Asal Carian Rasmi Pejabat Tanah
2) Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah
3) Surat aku janji pemohon
 Setelah pendaftaran selesai, resit pendaftaran permohonan akan dijana.
 Pengesahan pendaftaran pemohon
Terdapat dua cara untuk mengesahkan pendaftaran RMR1M
1) Melalui SMS
a. Wakil rakyat akan menerima SMS seperti berikut:-
“Dari RMR ONLINE- <Nama Wakil Rakyat>, Terdapat satu pendaftaran permohonan Rumah Mesra Rakyat untuk <NamaPemohon> menunggu pengesahan. Sila rujuk RMR Online atau taip <sokong>jarak<No Siri> dan balas SMS ini untuk pengesahan”
b.  Wakil Rakyat balas semula SMS tersebut dengan menaip <sokong>jarak<No Siri>
 Sekiranya berjaya, sistem akan membalas :- “RMR Online- Permohonan RMR untuk <Nama Pemohon> berjaya disahkan! Terima Kasih”
2) Melalui RMR1M Online
Wakil Rakyat log masuk ke sistem RMR1M Online. Pada Menu Utama, klik Daftar Pemohon > Senarai Pemohon. Pilih pemohon yang perlu disahkan permohonannya dan klik “Pengesahan YB” di bawah kolum “Tindakan”.
Pada ruangan pengesahan di atas sila masukkan Kata Laluan Sokongan Wakil Rakyat dan klik sahkan. Sistem akan memaklumkan sekiranya proses pengesahan berjaya.


1 Response to "RMR1M : Info, syarat dan cara memohon Rumah Mesra Rakyat ( RMR ) 1 Malaysia"

  1. ion titanium hair color
    The best orange edc titanium habanero, oakley titanium sunglasses red habanero and titanium 6al4v a red hot sauce titanium chloride on a hot habanero pepper. Yellow habanero titanium band ring peppers with great flavor!

    ReplyDelete